Friday, February 25, 2011

Pengumuman

PENUTUPAN SHOUTBOX

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Setelah menerima banyak aduan, saya sebagai moderator blog sekolah TBA1 dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa SHOUTBOX blog ini akan dibuang.

Ini kerana SHOUTBOX tersebut telah banyak kali disalahgunakan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab.

Demi menjaga tujuan asal blog ini diadakan, maka saya dengan kebenaran guru besar akan membuang SHOUTBOX blog ini bermula pada masa saya mengepos entri ini.

Selain itu, saya mewakili pihak sekolah ingin memohon maaf kepada semua pengikut blog sekolah sekiranya ada komen-komen di dalam SHOUTBOX tersebut yang menyinggung mana-mana pihak.

Segala kesulitan amat saya kesali. Sekian, terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

Salam.
Bagi saya shoutbox patut dikekalkan untuk semua pelawat boleh berhubungan secara langsung.