Saturday, February 12, 2011

Gangguan Bekalan Air

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Kawasan sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air pada 26 Feb berikutan kerja-kerja pengalihan paip oleh pemaju perumahan berikutan pembangunan projek perumahan di kawasan terbabit.


Menurut kenyataan syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini, gangguan bekalan air bermula dari 9 malam 26 Feb sehingga 9 pagi keesokannya.

Kawasan terlibat Klang dan Shah Alam adalah Jalan Susur, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Telok Gadong Besar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Teluk Pulai, Jalan Teluk Gadung Kecil, Jalan Tepi Sungai.

Jalan Raya Barat, Kampung Raja Uda, Taman Petaling, Taman Selatan, Taman Chi Liung, Taman Palm Groove, Taman Klang Jaya, Taman Desawan, Taman Desa Utama, Jalan Tun Sambathan, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A dan Kampung Pandamar. Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Tengku Badar, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Jalan Kem, South Port, Taman Sri Andalas, Taman Jalan Raja Nong, Jalan Seruling 59, Jalan Istana, Jalan Limau, Taman Sentosa, Jalan Tun Razak, Jalan Uganda, Taman Menara Maju, Jalan Sungai Jati, Jalan Raja Jumaat, Jalan Langat, Jalan Lombong, Kampung Batu 7 dan Jalan Kebun.

Kampung Johan Setia, Jalan Johan Setia, Taman Setia, Taman Johan Setia, Jalan Klang-Banting, Berjaya Park, Pulau Indah Fasa 1, Pulau Indah Fasa 2, Kampung Pulau Indah, Taman terminal Star Cruise, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Botanic 2, Industri Mega Hub, Taman Kota Permai, Bandar Botanic, Bandar Bukit Tinggi dan Flat Pendamar Indah.

Di Kuala Langat, kawasan terbabit ialah Sijangkang, Kampung Medan, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.

Pengguna boleh hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan dan hantar ke 39222.

Pengguna juga boleh melayari laman sesawang SYABAS di www.syabas.com.my atau Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel serta membuat carian "puspel" atau "puspel syabas" di Facebook.

Dalam satu kenyataan lain, Syabas turut memaklumkan kedai Ikobana Corporation Sdn Bhd bukan agen rasmi untuk mengutip bayaran bil air bagi syarikat, dan apa-apa pembayaran yang dibuat pengguna menerusi kedai itu adalah tanggungan pengguna sendiri.

"Syabas ingin menegaskan supaya membuat pembayaran bil air hanya menerusi kaunter-kaunter Syabas di pejabat Wilayah yang berhampiran atau agen-agen kutipan dilantik secara sah sahaja bagi mengelak masalah berlaku," menurut kenyataan itu.

0 comments: