Friday, March 2, 2012
Sunday, February 26, 2012
Mesyuarat Agung PIBG 2012
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Tarikh mesyuarat:
25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa:
8.00 pagi - 12.30 tengah hari
Persembahan tarian - Kain songket
Persembahan Choral Speaking - Cermin
Wednesday, February 15, 2012
(Tahniah!) JOHAN KEBANGSAAN 2011 - EUREKA REEE
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Tarikh 22 September 2011 pastinya menjadi sejarah apabila Sekolah Kebangsaan (Satu) Tengku Bendahara Azman Daerah Klang yang mewakili negeri Selangor dinobatkan Johan Eureka REEE 2011. Diikuti negeri Sarawak tempat kedua dan negeri Sabah di tempat ke tiga.
Selaku tuan rumah , pastinya amanah yang dipertanggungjawabkan ini memerlukan komitmen yang tinggi. Untuk merealisasikan harapan yang disandarkan memerlukan pengorbanan masa, kesungguhan diri pelajar dan keperihatinan pihak pentadbir sendiri. Syukur kepada Allah yang memberi ilham dalam mencipta model ini, berkat doa ibubapa dan iltizam pelajar sendiri maka membuahkan hasil. Kendatipun pernah menyertai pertandingan, penyertaan pertama kali di Peringkat Kebangsaan ini mempunyai aura yang luarbiasa, di mana semua negeri memberi persembahan yang menakjubkan.
Pencapaian ini sebenarnya bermula dari pengalaman yang pernah ditimba dan mendapat tunjuk ajar dari rakan yang berpengalaman. Tanpa pengalaman dan tunjuk ajar dari guru yang hebat ini , siapalah kita pada hari ini… terima kasih.
Penyertaan pertama apabila menyertai Pertandingan Eureka Kemahiran Hidup pada tahun 2000. Di sinilah bermulanya minat , kreativiti mula diuji, pengalaman mula dikumpul dan pencapaian mula diraih. Sekadar berkongsi pengalaman , rentetan perjalanan ini bermula dari :
| BIL. | PERKARA | TAHUN | CATATAN |
| 1. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP REKACIPTA | 2000 “ “ | JOHAN DAERAH KLANG TEMPAT KE-7 PERINGKAT NEGERI SELANGOR JOHAN JEMPUTAN ALAM SEKITAR AMPANG |
| 2. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP BENGKEL K.H TETRALINXX | 2001 “ “ | NAIB JOHAN DAERAH KLANG NAIB JOHAN DAERAH KLANG JOHAN DIPERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 3. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP | 2002 “ | JOHAN DAERAH KLANG TEMPAT KE-5 PERTANDINGAN DIPERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 4. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP *KLANG MENJADI TUAN RUMAH DAN MENGHANTAR 2 WAKIL DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI | 2003 “ | NAIB JOHAN DAERAH KLANG TEMPAT KE -3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR MEDIA MASSA ; (TUTOR UTUSAN 2003) & THE STAR |
| 5. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP | 2004 “ | JOHAN DAERAH KLANG TEMPAT KE-4 DIPERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 6. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP | 2005 | TEMPAT KE-3 DIPERINGKAT DAERAH KLANG |
| 7. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP | 2006 | DIWAKILI OLEH SK. BINJAI |
| 8. | EUREKA (SAINS) *SK.(1) T.B.A SEBAGAI SIMPANAN | 2007 “ | DIWAKILI OLEH SK. BINJAI NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 9. | EUREKA (SAINS) * PENYERTAAN PERTAMA EUREKA SAINS | 2008 “ | TEMPAT KE-3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 10. | EUREKA (SAINS) | 2009 “ | JOHAN DAERAH KLANG NAIB JOHAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR |
| 11. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP EUREKA (SAINS) | 2010 “ | JOHAN DAERAH KLANG JOHAN DAERAH KLANG TEMPAT KE-3 NEGERI SELANGOR |
| 12. | EUREKA KEMAHIRAN HIDUP EUREKA (SAINS) EUREKA (SAINS) EUREKA (SAINS) | 2011 “ “ “ | JOHAN DAERAH KLANG JOHAN DAERAH KLANG JOHAN NEGERI SELANGOR JOHAN KEBANGSAAN 2011. |
Pencapaian tersebut tidak semudah seperti yang tertera… dan tidak mustahil juga untuk sesiapa mengecapinya. Kepada Cikgu Hay Quee Kee (Klang), Cikgu Othman (Kuala Selangor), Tuan Hj. Mohd. Nor (Sabak Bernam) , Pihak pentadbir, Jurulatih Utama (Kemahiran Hidup & Sains) , rakan-rakan yang memberi dorongan dan individu-individu yang berkenaan… diucapkan terima kasih diatas kesudian berkongsi pengalaman dan memberi panduan anda. Berpegang pada Prinsip Hidup … “ Siapa yang menegurku dialah guruku ” maka mereka inilah yang memberi inspirasi untuk sampai ke tahap ini. Sekian terima kasih …
Ingat … siapa kita pada hari ini, bermula dari siapa kita suatu masa dahulu.
KONTIJEN SELANGOR (JOHAN- BAJU OREN)
BERGAMBAR BERSAMA
KONTIJEN SABAH (KE-3- BAJU BIRU)
TAHNIAH !
PESERTA EUREKA REEE JOHAN KEBANGSAAN 2011
BERSAMA GURU PEMIMBING EN.ALFIAN BIN HAJI SIMIN
Saturday, February 4, 2012
Selamat Datang!
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Patah tumbuh, hilang berganti.
Itulah perumpaan yang sesuai untuk digunakan bagi memberi gambaran akan kehadiran beberapa orang guru baru dan staf baru ke sekolah ini.
Semoga usaha kita untuk menjadikan sekolah ini cemerlang menjelang 2013 di dalam daerah Klang ini akan tercapai.
Itulah perumpaan yang sesuai untuk digunakan bagi memberi gambaran akan kehadiran beberapa orang guru baru dan staf baru ke sekolah ini.
Semoga usaha kita untuk menjadikan sekolah ini cemerlang menjelang 2013 di dalam daerah Klang ini akan tercapai.
GURU BESAR
En. Ahmad Fuad Bin Abdul Rani
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
En. Tan Kok Chnan
PENOLONG KANAN HEM
Pn. Rosni Binti Noran
PENYELARAS ICT
En. Nazeri Bin Yaacob
GURU PRA SEKOLAH - LAMAN IMPIAN
Pn. Wan Norhazimah Binti Wan Daud
GURU BAHASA INGGERIS
Cik Meera Binti Mohamed
PEMBANTU AM PENTADBIRAN
Pn Shahidah Binti Faruc
PEMBANTU PRA SEKOLAH - LAMAN IMPIAN
Cik Sim Shu Mei
Selamat Maju Jaya!
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Pn Ong Cheng Geok, guru besar sekolah ini
telah berpindah ke SK Methodist, Pelabuhan Klang bermula Disember 2011.
Sememangnya telah banyak yang beliau telah curahkan
sepanjang perkhidmatan beliau selama 8 tahun di sekolah ini.
Semoga Pn Ong akan terus sukses di sekolah baru, meneruskan
kecemerlangan dan tidak jemu menabur bakti
demi melahirkan warganegara yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Thursday, February 2, 2012
Selamat datang 2012!
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Pertama sekali, pihak admin memohon maaf kerana telah lama tidak mengepos aktiviti-aktiviti baru berkaitan sekolah di blog ini.
Ini disebabkan oleh kekangan masa dan kekangan kerja yang lebih penting dan segera perlu didahulukan.
Masih belum terlambat dari pihak kami untuk mengucapkan selamat menyambut tahun 2012. Semoga tahun ini pencapaian sekolah kita dapat ditingkatkan lagi tidak kira dari segi akademik, koakademik, kokurikulum mahupun disiplin murid-murid semua.
Tingkatkan prestasi, fokus dalam pelajaran, insyaAllah tiada kejayaan yang mustahil dapat kita kecapi.
Tuesday, May 10, 2011
(Tahniah!) Karnival Kemahiran Hidup Daerah Klang
Posted by
SK (1) Tengku Bendahara Azman
Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Tempat: SK (1) Tengku Bendahara Azman
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nazeri, Cikgu Alfian dan murid-murid yang mengambil serta di dalam semua acara yang dipertandingkan semasa karnival tersebut.
Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak meraih kejayaan, jangan berputus asa.
Tempat: SK (1) Tengku Bendahara Azman
Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nazeri, Cikgu Alfian dan murid-murid yang mengambil serta di dalam semua acara yang dipertandingkan semasa karnival tersebut.
Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak meraih kejayaan, jangan berputus asa.
Guru Pembimbing:
Cikgu Alfian
Cikgu Nazeri
Peserta:
Ang Hee Seong
Muhd Muzamir
Nur Dahiyah
Nurliyana
Pencapaian:
Johan Pertandingan Eureka REEE
Kemahiran Hidup Daerah Klang
Guru Pembimbing:
Cikgu Nazeri
Cikgu Alfian
Peserta:
Nur Aida Hafizah
Nur Asikin Suwito
Muhd Khairul Imran
Pencapaian:
Naib Johan
Pertandingan Rekacipta Kreatif
Subscribe to:
Posts (Atom)









